Wednesday, 30 November 2016

8

CARA2  PENJAGAAN

Selain dari ubat yang KK dah tau apa ubat yang sepatutnya digunakan untuk Meishi, KK mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor vet UVH agar melakukan penjagaan yang sepatutnya dilakukan oleh pemilik kucing Sporo. Cara2 penjagaannya adalah seperti berikut :-

1)    Clorox – Air bancuhan clorox (1:30) Clorox 1 & air biasa 30 –  KK diajar mengunakan 1 penutup clorox & air biasa 30 kali menggunakan tutup Clorox tadi. Dimasukkan kedalam botol spray. Gunakanlah bancuhan Clorox ni untuk membersihkan perkara2 yang berkaitan dengan Sporo. Hanya Clorox yang boleh mematikan kuman2 yang melekat ditempat duduk kucing Sporo tu.

2)   Meggunakan sarung tangan pakai buang (disposable glove) yang agak tebal ye. Jangan guna yang nipis kerana ditakuti kuman Sporo boleh masuk melalui lubang2 yang kecil yang ada disarung tangan yang nipis tu.

3)   Menggunakan  topeng muka (face mask) supaya tiada kuman Sporo yang akan masuk melalui hidung. Dan biasanya KK akan terus buang face mask selepas sekali menggunakannya.

4)      Memakaikan collar (KK pernah beberapa kali memakaikan collar tapi tak sampai hati bila tengok Meishi sangat tak selesa, tak boleh makan/minum dan jalannya mengundur, sudahnya terpaksa buka semula. Biasanya pemilik kucing memang tak sanggup nak pakaikan collar pada kucingnya. Tapi sebenarnya sangat bagus kalau dapat membiasakan memakai collar kepada kucing Sporo ni)

Inisiatif dari KK sendiri :-

5)     Menukar air minuman tiap2 hari. Seperti yang kita tahu bakteria sangat mudah ada dalam air minuman ni, jadi KK akan memastikan tak ada apa2 penyakit yang lain yang akan menyerang Meishi semasa Meishi Sporo ni. Masa Meishi sihat pun Meishi sangat kurang minum air, inikan masa sedang sakit.. memang tak la kan untuk minum air. Dalam bilik Meishi KK sediakan 3 bekas minuman air. Diatas rak, didalam cage dan dilantai. KK sediakan dibanyak tempat supaya Meishi senang untuk mencari sumber air. Kalau boleh KK tak nak Meishi rasa susah untuk minum air. Kerana ada masanya yang Meishi sangat susah untuk berjalan. Dan ada masanya KK akan memaksa Meishi untuk minum air dengan menggunakan syringe (picagari). Itu je cara terbaik untuk memastikan yang Meishi akan minum. Walaupun menggunakan syringe kita kena pastikan kita memasukkan air/ubat dari tepi mulut bukannya dari depan mulut. Ini kerana dapat mengelakkan dari kucing tersedak dan mungkin air akan pergi keparu-paru. Boleh mendapat jangkitan paru-paru nanti. Ini sangat merbahaya untuk kesihatan kucing kita.

6)     Memberi Ikan rebus makarel sahaja (supaya tak gatal) 2 kali sehari. Kibble pun KK bagi juga. KK belikan kibble yang terbaik dan sesuai dengan keadaan Meishi yang tengah sakit ni. (memang mahal la harganya kan.. hehe)

7)     Tisu basah (wet tissue) pada mulanya beli wet tissue untuk binatang tetapi susah sikit nak cari dan ianya agak mahal sedikit berbanding dengan wet tissue manusia, jadi KK gunakanlah manusia punya je. Banyak brand juga yang KK guna sebab ada yang tak sesuai dengan Meishi. Cubalah sampai jumpa produk yang sesuai.

8)  Tisu (kitchen tissue) size yang besar & keras berbanding tisu kotak atau tisu tandas. Memang KK tak menggunakan kain untuk tujuan mengelap. Lebih mudah & cepat. Terus buang. Kebersihan terjamin (hygine)

9)     Mop pakai buang (produk dari cosway). KK gunakan mop yang pakai buang kerana pada bulan2 pertama Sporo banyak darah yang akan melekat diatas lantai. Untuk memudahkan kerja KK gunakan yang pakai buang je. Mudah tetapi kosnya agak tinggi sedikit la..

10) Menjaga kebersihan bilik dengan menyapu & membuang segala tisu/wet tissue dalam plastik sampah yang KK akan buang setiap hari.

11) Memasang pendingin hawa (aircond) didalam bilik Meishi. Kesian sangat kerana pada masa tu cuaca sangat panas. Tergungap2 bila tengahari. Dah la sakit lepas tu panas pulak. KK berharap sangat yang KK dapat membantu mengurangkan kesakitan yang Meishi tanggung selama ni.

1 comment:

  1. KK?..apa khabar Meishi? Kongsilah lagi ilmu penjagaan kucing dijangkiti sporo..saya perlu tahu sebab kucing saya telah dijangkiti sporo

    ReplyDelete