WAKTU2 YANG SUKAR...
 |
Meishi sedang menahan kesakitan |
Bila dah masuk bulan ke 3 ni keadaan Meishi menjadi
lebih teruk. Banyak sangat luka2 Meishi yang keluar. Lukanya akan kering,
berkuping dan akan tercabut.. kemudian tumbuh lagi ditempat yang sama. Proses
tu berlaku banyak kali kepada Meishi. KK ingatkan dah baik tapi rupanya tidak.
Dari cage tinggi KK dah tukarkan kepada cage yang lebih rendah sikit. Sebab Meishi dah tak larat untuk bangun.. Berjalan pun dah kurang, memanjat apatah lagi. Meishi hanya mampu baring je. Dan bau luka Meishi menjadi hanyir.
Dan KK ada juga mendengar cerita kawan yang lain tentang Sporo ni.. jika keadaan Sporo ni dah teruk ianya akan keluar ulat pada badan kucing Sporo tu.
 |
Sampai bengkak mata disebabkan Sporo dihidung Meishi
|
Nasib baiklah keadaan Meishi tidak seteruk itu.
Tetapi Meishi akan mengerang dengan suara yang kuat ketika sakit dan Meishi
akan berbunyi tidak kira waktu kerana sentiasa berada didalam kesakitan.
Bila
waktu malam KK akan rasa lega bila tidak mendengar suara sakit Meishi kerana KK
tahu yang Meishi dah tidur. Ketika keadaan Meishi yang agak teruk ni KK memang
akan menanggis setiap kali masuk menjenguk Meishi didalam biliknya. Tak sanggup
nak tengok Meishi dalam keadaan yang sebegini.
Suara Meishi memang kuat sehingga jiran2 KK pun perasan tentang Meishi yang sedang sakit ni. Biasanya Meishi akan bangun lebih kurang pukul 5 pagi setiap pagi. Selepas bangun Meishi mesti mengerang kesakitan. Dan pastinya KK pun akan bangun pada waktu itu...
Dari bulan Nov 2015 hinggalah akhir April 2016, hari2 yang KK lalui bersama Meishi tak akan KK lupakan. Sangat sedih.. sangat pahit..Sangat mencabar kesabaran KK. Dan mungkin banyak lagi perasaan yang KK tak dapat nak jelaskan dalam blog ni. KK anggap kejadian ni sebagai satu perkara yang mematang KK dalam kehidupan malah memberi KK banyak ilmu tentang haiwan kesayangan Rasullullah SAW ni.
 |
Bengkak sampai tak boleh untuk berjalan
|
 |
Luka yang pertama bertambah parah |
 |
Nose block - Meishi sukar untuk bernafas |
 |
Luka diseluruh badan
|
No comments:
Post a Comment