DUNIA BARU MESHI
Bayangkan betapa rumitnya KK nak menjaga Meishi, berapa banyak masa yang harus KK luangkan untuk menjaga Meishi, itu belum kira kos perubatan selanjutnya, tapi demi kasih sayang KK pada Meishi, KK tak kira itu semua. Cuma dalam hati KK, KK berazam yang KK akan tolong kucing kesayangan KK ni sembuh seperti sedia kala. Dia boleh menjalani rutin hidupnya. Itu tekad KK, walau KK tau penjagaan penyakit Sporo merbahaya kepada KK sendiri dan ianya mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Mengikut saranan doktor, KK kena letak dalam cage
dan jauh dari kucing yang lain.. ataupun letakkan Meishi didalam bilik air yang
tidak digunakan. Tapi KK tak sanggup nak buat macam tu. Jadi KK meletakkan
Meishi dalam bilik yang tidak digunakan didalam rumah KK.
KK letakkan Meishi didalam bilik kerana mahukan Meishi selesa dan tak stress dengan penyakitnya. KK memulakan dengan menutup grill tingkap dengan jaring hijau supaya Meishi tak boleh keluar dari bilik itu. Sejak hari itu bermulalah kehidupan Meishi sebagai pengidap Sporo.
Selepas seminggu Meishi didalam bilik, KK sediakan pula cage yang agak besar untuk Meishi supaya dia dapat melihat pemandangan di luar, kerana apa yang KK perhatikan Mesihi suka tengok pemandangan, pokok2 dan angin2 yang bertiup diluar. Dengan harapan Meishi kurang rasa stress dengan penyakit Sporonya itu. Kesian dia...
Sejak duduk didalam bilik tu, Meishi selalu memanggil KK…”Meyyy” seolah-olah minta dirinya dibebaskan. Kesian sayang Meyyy ni. Bersabar la ye sayang, Meyyy buat semua ni untuk kebaikan Meishi. Memang tak sampai hati tengok dia..
Hari2 bila masuk dalam bilik Meishi KK akan menanggis. Banyak yang KK fikirkan.. Kesian Meishi kena tanggung Sporo ni. KK tak pasti samaada Meishi boleh bertahan atau tidak.
KK letakkan Meishi didalam bilik kerana mahukan Meishi selesa dan tak stress dengan penyakitnya. KK memulakan dengan menutup grill tingkap dengan jaring hijau supaya Meishi tak boleh keluar dari bilik itu. Sejak hari itu bermulalah kehidupan Meishi sebagai pengidap Sporo.
Cuba menyesuaikan diri |
Sejak duduk didalam bilik tu, Meishi selalu memanggil KK…”Meyyy” seolah-olah minta dirinya dibebaskan. Kesian sayang Meyyy ni. Bersabar la ye sayang, Meyyy buat semua ni untuk kebaikan Meishi. Memang tak sampai hati tengok dia..
Hari2 bila masuk dalam bilik Meishi KK akan menanggis. Banyak yang KK fikirkan.. Kesian Meishi kena tanggung Sporo ni. KK tak pasti samaada Meishi boleh bertahan atau tidak.
Lebih senang untuk memandang keluar bila ada cage |
Mungkin Sporo pun ada stage.. macam kanser!! Macam kes Meishi ni KK agak lewat sikit la.. Rasanya stage 2. Jadi tujuan KK menulis blog ni KK nak berkongsi dengan pembaca tentang Sporo. Apa tanda2 Sporo, cara penjagaan & ubat yang perlu kita perlukan untuk Sporo.
TAPI bagaimana untuk mengelakkan Sporo tu memang susahlah untuk KK kata kan. Ini kerana Sporo sangat sensitif.. jika kucing kita bergaduh dengan kucing yang dah dijangkiti Sporo dan terdapat luka selepas bergaduh tu dah tentu2 kucing kita pun berjangkit Sporo.
Faktor yang lain pula ialah jika kucing kita bermain dengan tanah.. pokok bunga ataupun rumput memang mudah berjangkit jika memang dah ada kuman Sporothrix Schenkii dikawasan2 tu.
Macamana kita nak mengawal supaya kucing2 kita tidak keluar? Memang sangat susahkan? Nak dikurung salah nak dilepaskan pun salah!!! Jika awak2 ada pilihan..pilihlah yang cara yang terbaik tetapi jangan sampai kita sekat kehidupan semulajadi haiwan peliharaan kita.
Ya..saya faham dilema nak kurung atau nak lepas itu 😢
ReplyDelete