Wednesday, 30 November 2016

8

CARA2  PENJAGAAN

Selain dari ubat yang KK dah tau apa ubat yang sepatutnya digunakan untuk Meishi, KK mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor vet UVH agar melakukan penjagaan yang sepatutnya dilakukan oleh pemilik kucing Sporo. Cara2 penjagaannya adalah seperti berikut :-

1)    Clorox – Air bancuhan clorox (1:30) Clorox 1 & air biasa 30 –  KK diajar mengunakan 1 penutup clorox & air biasa 30 kali menggunakan tutup Clorox tadi. Dimasukkan kedalam botol spray. Gunakanlah bancuhan Clorox ni untuk membersihkan perkara2 yang berkaitan dengan Sporo. Hanya Clorox yang boleh mematikan kuman2 yang melekat ditempat duduk kucing Sporo tu.

2)   Meggunakan sarung tangan pakai buang (disposable glove) yang agak tebal ye. Jangan guna yang nipis kerana ditakuti kuman Sporo boleh masuk melalui lubang2 yang kecil yang ada disarung tangan yang nipis tu.

3)   Menggunakan  topeng muka (face mask) supaya tiada kuman Sporo yang akan masuk melalui hidung. Dan biasanya KK akan terus buang face mask selepas sekali menggunakannya.

4)      Memakaikan collar (KK pernah beberapa kali memakaikan collar tapi tak sampai hati bila tengok Meishi sangat tak selesa, tak boleh makan/minum dan jalannya mengundur, sudahnya terpaksa buka semula. Biasanya pemilik kucing memang tak sanggup nak pakaikan collar pada kucingnya. Tapi sebenarnya sangat bagus kalau dapat membiasakan memakai collar kepada kucing Sporo ni)

Inisiatif dari KK sendiri :-

5)     Menukar air minuman tiap2 hari. Seperti yang kita tahu bakteria sangat mudah ada dalam air minuman ni, jadi KK akan memastikan tak ada apa2 penyakit yang lain yang akan menyerang Meishi semasa Meishi Sporo ni. Masa Meishi sihat pun Meishi sangat kurang minum air, inikan masa sedang sakit.. memang tak la kan untuk minum air. Dalam bilik Meishi KK sediakan 3 bekas minuman air. Diatas rak, didalam cage dan dilantai. KK sediakan dibanyak tempat supaya Meishi senang untuk mencari sumber air. Kalau boleh KK tak nak Meishi rasa susah untuk minum air. Kerana ada masanya yang Meishi sangat susah untuk berjalan. Dan ada masanya KK akan memaksa Meishi untuk minum air dengan menggunakan syringe (picagari). Itu je cara terbaik untuk memastikan yang Meishi akan minum. Walaupun menggunakan syringe kita kena pastikan kita memasukkan air/ubat dari tepi mulut bukannya dari depan mulut. Ini kerana dapat mengelakkan dari kucing tersedak dan mungkin air akan pergi keparu-paru. Boleh mendapat jangkitan paru-paru nanti. Ini sangat merbahaya untuk kesihatan kucing kita.

6)     Memberi Ikan rebus makarel sahaja (supaya tak gatal) 2 kali sehari. Kibble pun KK bagi juga. KK belikan kibble yang terbaik dan sesuai dengan keadaan Meishi yang tengah sakit ni. (memang mahal la harganya kan.. hehe)

7)     Tisu basah (wet tissue) pada mulanya beli wet tissue untuk binatang tetapi susah sikit nak cari dan ianya agak mahal sedikit berbanding dengan wet tissue manusia, jadi KK gunakanlah manusia punya je. Banyak brand juga yang KK guna sebab ada yang tak sesuai dengan Meishi. Cubalah sampai jumpa produk yang sesuai.

8)  Tisu (kitchen tissue) size yang besar & keras berbanding tisu kotak atau tisu tandas. Memang KK tak menggunakan kain untuk tujuan mengelap. Lebih mudah & cepat. Terus buang. Kebersihan terjamin (hygine)

9)     Mop pakai buang (produk dari cosway). KK gunakan mop yang pakai buang kerana pada bulan2 pertama Sporo banyak darah yang akan melekat diatas lantai. Untuk memudahkan kerja KK gunakan yang pakai buang je. Mudah tetapi kosnya agak tinggi sedikit la..

10) Menjaga kebersihan bilik dengan menyapu & membuang segala tisu/wet tissue dalam plastik sampah yang KK akan buang setiap hari.

11) Memasang pendingin hawa (aircond) didalam bilik Meishi. Kesian sangat kerana pada masa tu cuaca sangat panas. Tergungap2 bila tengahari. Dah la sakit lepas tu panas pulak. KK berharap sangat yang KK dapat membantu mengurangkan kesakitan yang Meishi tanggung selama ni.

7

UNTUNG LAAA...

Semenjak Meishi Sporo KK banyak berfikir apa yang KK boleh bantu Meishi dalam keadaan dia yang tengah sakit ni. KK selalu meletakkan diri KK sebagai Meishi. Jadi setiap KK pergi ke pet shop KK akan mencari sesuatu yang boleh mengurangkan rasa sakit Meishi.

 Oleh kerana banyak darah yang keluar KK mencari altenatif untuk menganti tuala yang biasa KK gunakan untuk mengalas Meishi. Kali ni KK telah membeli “cooling pad” untuk Meishi. Seronok KK bila ada cooling pad ni.. banyak meringankan kerja KK dalam urusan manjaga Meishi. Ianya adalah sejenis alas plastik dan ada air didalamnya.

           Bila ada darah, senanglah KK bersihkan dan cuci. Lagi pun bila Meishi baring diatasnya Meishi kurang rasa panas. KK tak mahu Meishi rasa stress dengan keadaan sekarang ni. Rupa2nya  cooling pad ni susah untuk dicari. Bukan semua pet shop ada jual cooling pad ni. Sebab KK pernah mencarinya dibeberapa pet shop yang lain tapi memang tiada. Akhirnya terpaksa menunggu agak lama juga untuk mendapat beberapa cooling pad yang lain. Ini kerana KK akan meletakkan ditempat2 "favourite" Meishi.

Cooling Pad - dapat meredakan keadaan Meishi



6

WAKTU2 YANG SUKAR...
Meishi sedang menahan kesakitan 
Bila dah masuk bulan ke 3 ni keadaan Meishi menjadi lebih teruk. Banyak sangat luka2 Meishi yang keluar. Lukanya akan kering, berkuping dan akan tercabut.. kemudian tumbuh lagi ditempat yang sama. Proses tu berlaku banyak kali kepada Meishi. KK ingatkan dah baik tapi rupanya tidak. 
Dari cage tinggi KK dah tukarkan kepada cage yang lebih rendah sikit. Sebab Meishi dah tak larat untuk bangun.. Berjalan pun dah kurang, memanjat apatah lagi. Meishi hanya mampu baring je. Dan bau luka Meishi menjadi hanyir.
 Dan KK ada juga mendengar cerita kawan yang lain tentang Sporo ni.. jika keadaan Sporo ni dah teruk ianya akan keluar ulat pada badan kucing Sporo tu.
Sampai bengkak mata disebabkan Sporo dihidung Meishi



Nasib baiklah keadaan Meishi tidak seteruk itu. Tetapi Meishi akan mengerang dengan suara yang kuat ketika sakit dan Meishi akan berbunyi tidak kira waktu kerana sentiasa berada didalam kesakitan. 

Bila waktu malam KK akan rasa lega bila tidak mendengar suara sakit Meishi kerana KK tahu yang Meishi dah tidur. Ketika keadaan Meishi yang agak teruk ni KK memang akan menanggis setiap kali masuk menjenguk Meishi didalam biliknya. Tak sanggup nak tengok Meishi dalam keadaan yang sebegini. 
Suara Meishi memang kuat sehingga jiran2 KK pun perasan tentang Meishi yang sedang sakit ni. Biasanya Meishi akan bangun lebih kurang pukul 5 pagi setiap pagi. Selepas bangun Meishi mesti mengerang kesakitan. Dan pastinya  KK pun akan bangun pada waktu itu... 

       Dari bulan Nov 2015 hinggalah akhir April 2016, hari2 yang KK lalui bersama Meishi tak akan KK lupakan. Sangat sedih.. sangat pahit..Sangat mencabar kesabaran KK. Dan mungkin banyak lagi perasaan yang KK tak dapat nak jelaskan dalam blog ni. KK anggap kejadian ni sebagai satu perkara yang mematang KK dalam kehidupan malah memberi KK banyak ilmu tentang haiwan kesayangan Rasullullah SAW ni.


Bengkak sampai tak boleh untuk berjalan

Luka yang pertama bertambah parah
Nose block - Meishi sukar untuk bernafas
Luka diseluruh badan









5

UBAT UNTUK PENYAKIT SPOROTHRICOSIS

                Bagi permulaan ni, Meishi hanya akan diberikan ubat Sporo. Ubat Sporo bukan hanya boleh digunakan untuk binatang tetapi juga untuk manusia. Doktor vet memberikan preskripsi (prescription) kepada KK supaya membeli ubat ni di farmasi atau di hospital biasa. Jika kucing kita ada tanda2 Sporo kita haruslah membawa ke klinik atau hospital veterinar untuk pengesahan. Tanpa preskripsi ni kita tak boleh membelinya dimana2 farmasi ataupun hospital. 

               Nama ubat Sporo tu ialah Itraconazole. Memang susah nak cari ubat ni tau.. banyak farmasi yang KK pergi cari tapi tak ada!!! Sebab… ubat ni mahal dan biasanya farmasi  memang tak simpan ubat ni. Kalau nak kita kena “order” dulu. KK tak nak tunggu2 lagi jadi KK terus mencari sampai ke hospital. Nasib ada tapi harganya mahal.. rm 14.00 sebiji. Biasanya makan apa2 ubat pun bergantung pada berat kucing kita. Berat Meishi kurang dari 4 kg jadi Meishi kena makan ½ kapsul je. Jadi sebulan Meishi memerlukan 15 biji. Ok la jugakkan tak lah sampai 30 biji. Walaupun hanya ½ biji kos untuk sebulan cecah juga Rm 210.00 untuk ubat Itraconazole ni.

Preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor Veterinar

Masa mula2 Meishi disahkan Sporo doktor ada memberitahu tentang harga ubat Sporo ni. Kalau pemilik2 kucing tak mampu nak sediakan ubat ni & selepas memakan Itraconazole untuk 3 bulan dan tidak ada apa2 perubahan, doktor sarankan PTS (put to sleep) tidurkan kucing untuk selama lamanya.. Oooohhh bila dengar je PTS ni,  KK pun rasa nak nanggis. Tak boleh bayangkan semua ni terjadi pada Meishi ataupun mana2 kucing KK.


 Sebenarnya ubat Itraconazole ni ada 2 jenis iaitu Inox & Sporanox. Inox adalah ubat yang murah kerana ianya adalah ubat yang “generic”. (Harga sebiji ialah Rm 4.70) Dan Sporanox pula ialah ubat yang “original” (Harga sebiji ialah Rm 14.00). Nampak macam sama tapi ada bezanya dari beberapa sudut :-

  • Dari segi warna , sarung kapsul & isi kandungan ubat. Warna merah & biru memang sama tetapi warna Inox lebih cair berbanding dengan Sporanox. 
  • Sarung kapsul pula, Inox lebih lembut berbanding dengan Sporanox. 
  • Yang paling ketara ialah isi kandungannya kerana Inox bukan dari resepi Itraconazole yang asli. Sebab tu kualiti Sporanox lebih baik dari Inox.
  • Harga Sporanox mahal berbanding Inox

Sporanox
Inox

         
       KK nak kongsi pengalaman tentang ubat2 ni… Ni info yang penting untuk pemilik kucing Sporo ye.. ada kucing yang boleh terima ubat Inox & ada yang kena guna Sporanox. Ini semua bergantung kepada kucing tu sendiri. Biasanya kita kena “try & error” ubat tu. Tu yang membuatkan pengidap Sporo ni mengambil masa yang lama untuk baik. 
           Bukan bermakna Inox tidak baik tetapi semuanya bergantung kepada kucing2 anda semua. Kalau badan kucing kita tidak memerlukan Sporanox untuk apa kita gunakan ubat yang mahal.. Beli Inox je. Saya cadangkan guna Inox dulu, sekiranya tidak sesuai tukarlah kepada Sporanox. Biasanya kita boleh tengok perubahan dalam masa 2 bulan.

              Macam kisah Meishi ni.. agak malang la sebab bulan pertama KK gunakan Inox, bulan kedua Sporanox bulan ketiga Inox… pada ketika itu KK tak tau yang ada perbezaan bila guna Inox atau Sporanox. Sampailah doktor memberitahu… tentang kisah Inox dan Sporanox tu. 
          Bila KK dengar macam tu KK terus la beli Sporanox sampailah Meishi betul2 baik. Kepada yang dah tau tak perlulah buang masa macam yang terjadi pada Meishi ni ye..Doktor vet memberitahu KK bahawa.. Kuman Sporo ni hanya boleh dirawat dari dalam. Bermaksud lukanya tidak boleh dicuci sama sekali. Cuci pun tak boleh apatah lagi untuk mandi. Jadi kena makan ubat Itraconazole sampai baik.

4


DUNIA BARU MESHI

       Bayangkan betapa rumitnya KK nak menjaga Meishi, berapa banyak masa yang harus KK luangkan untuk menjaga Meishi, itu belum kira kos perubatan selanjutnya, tapi demi kasih sayang KK pada Meishi, KK tak kira itu semua.  Cuma dalam hati KK, KK berazam yang KK akan tolong kucing kesayangan KK ni sembuh seperti sedia kala.  Dia boleh menjalani rutin hidupnya.  Itu tekad KK, walau KK tau penjagaan penyakit Sporo merbahaya kepada KK sendiri dan ianya mengambil masa yang lama untuk sembuh. 

 Mengikut saranan doktor, KK kena letak dalam cage dan jauh dari kucing yang lain.. ataupun letakkan Meishi didalam bilik air yang tidak digunakan. Tapi KK tak sanggup nak buat macam tu. Jadi KK meletakkan Meishi dalam bilik yang tidak digunakan didalam rumah KK.

 KK letakkan Meishi didalam bilik kerana mahukan Meishi selesa dan tak stress dengan penyakitnya. KK memulakan dengan menutup grill tingkap dengan jaring hijau supaya  Meishi tak boleh keluar dari  bilik itu. Sejak hari itu bermulalah kehidupan Meishi sebagai pengidap Sporo.

Cuba menyesuaikan diri
Selepas seminggu Meishi didalam bilik, KK sediakan pula cage yang agak besar untuk Meishi supaya dia dapat melihat pemandangan di luar, kerana apa yang KK perhatikan Mesihi suka tengok pemandangan, pokok2 dan angin2 yang bertiup diluar.  Dengan harapan Meishi kurang rasa stress dengan penyakit Sporonya itu.  Kesian dia... 


        Sejak duduk didalam bilik tu, Meishi selalu memanggil KK…”Meyyy” seolah-olah minta dirinya dibebaskan.  Kesian sayang Meyyy ni.  Bersabar la ye sayang, Meyyy buat semua ni untuk kebaikan Meishi. Memang tak sampai hati tengok dia..

 Hari2 bila masuk dalam bilik Meishi KK akan menanggis. Banyak yang KK fikirkan.. Kesian Meishi kena tanggung Sporo ni. KK tak pasti samaada Meishi boleh bertahan atau tidak. 


Lebih senang untuk memandang keluar bila ada cage

      


  Mungkin Sporo pun ada stage.. macam kanser!! Macam kes Meishi ni KK agak lewat sikit la.. Rasanya stage 2. Jadi tujuan KK menulis blog ni KK nak berkongsi dengan pembaca tentang Sporo. Apa tanda2 Sporo, cara penjagaan & ubat yang perlu kita perlukan untuk Sporo.

        TAPI bagaimana untuk mengelakkan Sporo tu memang susahlah untuk KK kata kan. Ini kerana Sporo sangat sensitif.. jika kucing kita bergaduh dengan kucing yang dah dijangkiti Sporo dan terdapat luka selepas bergaduh tu dah tentu2 kucing kita pun berjangkit Sporo. 

             Faktor yang lain pula ialah jika kucing kita bermain dengan tanah.. pokok bunga ataupun rumput memang mudah berjangkit jika memang dah ada kuman Sporothrix Schenkii dikawasan2 tu. 

       Macamana kita nak mengawal supaya kucing2 kita tidak keluar? Memang sangat susahkan? Nak dikurung salah nak dilepaskan pun salah!!! Jika awak2 ada pilihan..pilihlah yang cara yang terbaik tetapi jangan sampai kita sekat kehidupan semulajadi haiwan peliharaan kita. 



Wednesday, 16 November 2016

3

PERIHAL KUCING JANTAN

 Macam biasa.. kucing jantan memang suka bergaduh. Nak tunjuk siapa lebih kuat.. yang lebih berkuasa dikawasannya sendiri. Meishi memang kuat bergaduh la. Meishi cuma balik rumah bila lapar & tidur. Yang selebihnya memang dia akan berjalan2. Kadang-kadang KK memanggilnya Penghulu. Sebab macam sibuk sangat nak jaga kawasan kampung… Abang kawasan la katakan.

           Sampailah suatu hari luka dipeha Meishi tak baik2. Rasanya luka Meishi tu tak baik2 hampir 2-3 minggu. Biasanya luka2 kucing ni akan sembuh lebih kurang 7-10 hari selepas makan antibiotik dan ubat tahan sakit. Tapi kalau masih tak baik maksudnya adalah yang tak kena tu. Sampai 1 tahap Meishi tidur kesakitan dalam cagenya. Hairan KK tengok Meishi sebab tidur dalam cage siang2 hari. Petang tu KK bawa ke klinik untuk mendapat rawatan. Doktor cuma cakap yang Meishi cuma demam. Lepas Meishi baik dari demam tapi lukanya masih tak baik. Malah makin membesar. 

  Selepas seminggu KK sekali lagi bawa Meishi ke veterinar (vet).. tapi kali ni keadaan Meishi lebih teruk kerana lukanya telah bertambah.. dari peha sekarang bertambah diatas hidung pula. Luka dipehanya menjadi bertambah besar. Air matanya asyik keluar je.. dan KK melihat Meishi susah untuk bernafas. Dan pada masa tu KK masih tak tau yang ni adalah simptom Sporo.

          KK nak beritahu la kan kadang2 klinik vet ni tak peka dengan masalah Sporo ni, mereka ambil mudah..sebab tu bukan kucing diaorang!!! Yang lagi best tu bila pekerja kat vet ni hanya sekadar bekerja dan bukannya betul2 sayang pada haiwan peliharaan. Jadi ada dorang kisah dengan perasaan tuan2 kucing ni.. memang tak la kan..



Masa mula2 Meishi dikuarantin didalam bilik
Selepas 2 minggu luka Meishi masih tak baik2. Jadi KK mengambil keputusan untuk membawa Meishi ke Hospital Veterinar Universiti (UVH) dan pada hari ni 23/11/16 KK diberitahu Meishi dijangkiti Sporo. Sedihnya hati KK hanya Allah je yang tahu. Bila difikirkan semula rupa2nya Meishi telah dijangkiti Sporo pada awal Oktober 2015.

    Hampir 2 bulan Meishi dah sakit cuma KK je yang tak tahu yang Meishi telah dijangkiti Sporo. Kalaulah KK tahu dari awal dah tentu KK boleh tolong ringankan kesakitan yang Meishi tanggungkan.. Penyakit Sporo ni juga dikenali sebagai penyakit zoonatik.

     Penyakit zoonatik ini bermaksud penyakit dari haiwan yang boleh berjangkit kepada manusia. Sebelum KK tau pasal Sporo ni memang KK tak rasa apa2 la tapi bila dah tau tiba2 rasa... alamak macamana ni sebab dah 2 bulan kan virus tu ada dengan Meishi.

        Mulai hari ni Meishi wajib dikuarantin dari kucing2 mahupun manusia. Banyak pantang larang & proses yang perlu dikuti untuk menjaga kucing yang dijangkiti Sporo ni. Segala lebihan makanan & minuman Meishi tidak boleh diberikan kepada mana2 kucing yang lain. Ini kerana Sporo boleh berjangkit melalui air liur, bulu serta udara.                                                                                

               










2

APA ITU SPOROTHRICOSIS?

                  Yang buat terbelit lidah nak sebut kan! Ni nama penyakit, sebenarnya disebabkan oleh Sporothrix schenkii dan kes ni jarang berlaku. Tapi, kalau dah kena, memang susah sangat nak sembuh L Kebanyakan kes pun kena dekat kucing hm. Mesti awak awak yang baca ni ada kucing juga kan? Tak sanggup nak tengok kucing yang kena jangkitan sporothricosis sebab… Fungus ni boleh rosakkan mata, telinga, dan hidung kucing.

             Kalau dah severe sangat, kaki kucing tu pun habis dia kacau! Nak tahu tak macam mana kucing boleh dapat jangkitan ni? Sporothrix Schenkii sebenarnya senang jumpa dalam tanah dekat area pokok bunga ke, rumput rumput ke… bila kucing tu dah ada luka, lagi senang lah bagi chance dekat Sporothrix Schenkii nak masuk! Dia boleh masuk terus dalam darah. Maksudnya, lagi cepat lah kucing tu sakit dan lagi teruk lah jangkitan tu.

                                                  

Kuman Sporothrix Schenki

                Macam tak percayakan faktor2 yang boleh membuatkan kucing dijangkiti sporo. Tapi tulah hakikatnya. Sangat mudah untuk dijangkiti. Dalam kes Meishi ni.. mungkin Meishi kurang bernasib baik sebab Meishi baru berusia 1 tahun 2 bulan ketika dia terkena jangkitan Sporo ni. KK ada juga mencari2 kucing yang sudah terkena Sporo di kawasan rumah KK tapi memang takde. Mungkin Meishi adalah pembawa kuman Sporo atau pun Meishi mendapat jangkitan dari alam semulajadi.

               KK baru nak rasa bermanja dengan Meishi tapi dah jadi macam ni. Dah la masa kecil KK tak jaga Meishi. Terasa kesal sangat dalam hati ni. Kesian Meishi… Kesian jugak kat KK.😢




1

                Hai semua pencinta kucing. Diharap kucing2 awak semua sihat ye. Bila tak sihat kita jugak yang susah hatikan. Kakak kucing (KK) nama gelaran saya. Mungkin agak sesuai dengan diri KK. Mereka lebih mudah dan suka memanggil KK dengan nama begitu. Walaupun dah tau nama sebenar KK tetap nak panggil kakak kucing. Terasa pulak macam kakak kawasan.. hehe. Tapi kadang2 rasa "close" pulak bila orang panggil dengan KK walaupun baru je kenal...😉😉

 KISAH SI CHOMEISHI 

            Petang hari raya aidiladha.. 10/10/14. Tarikh ni memang tarikh yang KK takan lupakan sampai bila2. Ada kucing masuk dalam enjin kereta KK. Sampai dirumah baru perasan itu pun selepas 2 jam. Masa tu KK masih tak tau nak bagi nama apa cuma terlintas nak namakan chomei (comel). Lepas seminggu KK terfikir nak bagi nama Chomeishi kerana dia comel dan KK jumpa dia dalam enjin kereta Mitsubishi. Mak abah panggil dia Chomei dan KK panggil dia Meishi. Kalau kita sambungkan jadilah ia CHOMEISHI… Macam ada bunyi ala2 jepun kan..? hehe. Majoriti memanggil dia MEISHI. 

Meishi pada hari pertama


                Sebenar-benarnya KK takut sangat dengan kucing tapi bila berjumpa Meishi ni saya terfikir yang Meishi sangat istimewa sebab dia boleh “survive” dalam enjin kereta selama 30 minit untuk perjalanan kerumah. Dan duduk hampir 2 jam dalam enjin kereta KK tu. Ajaib sangat rasanya. Jadi KK mengambil keputusan untuk menjaga Meishi. KK tak pernah terfikir yang KK akan ada kucing dalam hidup KK. Tapi itulah hakikatnya… Meishi ialah kucing yang pertama dalam hidup KK. KK mengambil masa yang agak lama untuk betul2 berani memegang Meishi. Takut yang Meishi akan cakar atau gigit KK. Jadi KK memang tak menjaganya. Tapi tugas2 untuk menjaga Meishi KK serahkan pada mak abah. Nak dijadikan cerita, kucing mak abah iaitu Tompok meninggal.

            Tapi sebelum Tompok meninggal KK sempat tengok Tompok untuk kali yang terakhir. Sempat tengok mata Tompok dalam2 seakan akan ingin memberitahu KK yang dia akan pergi untuk selamanya. Bila KK bangun tidur Tompok dah tiada. KK rasa sangat sedih sebab KK tak pernah jaga tompok… Tak pernah bagi mandi..Tak pernah bagi makan..(yang proper la kan) Tak pernah bawa pergi klinik.. pendek kata semua tak pernah buatlah untuk Tompok. Masa tu KK rasa macam zalim pun ada..😢 Berbelas tahun Tompok hidup dalam rumah KK... Oleh kerana perasaan takut sangat dengan kucing, KK tak buat apa yang patut KK buat. Lepas Tompok meninggal KK menanggis. Rasa bersalah pada Tompok. Bersalah sangat.. Walaupun KK takut pada kucing tapi tak pernah sekali pun KK menganiaya kucing2 yang pernah KK jumpa mahu pun Tompok yang memang berada dirumah KK.

       Lepas kematian Tompok KK memberanikan diri untuk mendekati Meishi. Dan selepas kewujudan Meishi, KK ada 19 ekor kucing lagi dibawah jagaan KK. Percaya tak?..Kena percaya.. hehe.. KK baru nak ada kucing.. baru nak sayang kucing.. tiba2 Meishi sakit. Sakit yang tak pernah terfikir untuk dijangkiti. KK yang naif… memang tak tau apa2 ... kosong ilmu tentang penyakit kucing... semuanya memang sangat mencabar fizikal dan mental KK. Dan inilah kisah MEISHI & SPORO.