Selain dari ubat yang KK dah tau apa ubat yang
sepatutnya digunakan untuk Meishi, KK mengikut nasihat yang diberikan oleh
doktor vet UVH agar melakukan penjagaan yang sepatutnya dilakukan oleh pemilik
kucing Sporo. Cara2 penjagaannya adalah seperti berikut :-
1) Clorox – Air bancuhan clorox (1:30) Clorox 1 & air biasa 30
– KK diajar mengunakan 1 penutup clorox
& air biasa 30 kali menggunakan tutup Clorox tadi. Dimasukkan kedalam botol
spray. Gunakanlah bancuhan Clorox ni untuk membersihkan perkara2 yang berkaitan
dengan Sporo. Hanya Clorox yang boleh mematikan kuman2 yang melekat ditempat
duduk kucing Sporo tu.
2) Meggunakan sarung tangan pakai
buang (disposable glove) yang agak
tebal ye. Jangan guna yang nipis kerana ditakuti kuman Sporo boleh masuk
melalui lubang2 yang kecil yang ada disarung tangan yang nipis tu.
3) Menggunakan topeng muka (face mask) supaya tiada kuman Sporo yang akan masuk melalui hidung.
Dan biasanya KK akan terus buang face mask selepas sekali menggunakannya.
4) Memakaikan collar (KK pernah beberapa kali memakaikan collar tapi tak sampai
hati bila tengok Meishi sangat tak selesa, tak boleh makan/minum dan jalannya
mengundur, sudahnya terpaksa buka semula. Biasanya pemilik kucing memang tak
sanggup nak pakaikan collar pada kucingnya. Tapi sebenarnya sangat bagus kalau
dapat membiasakan memakai collar kepada kucing Sporo ni)
Inisiatif dari KK sendiri :-
5) Menukar air minuman tiap2 hari. Seperti yang kita
tahu bakteria sangat mudah ada dalam air minuman ni, jadi KK akan memastikan tak
ada apa2 penyakit yang lain yang akan menyerang Meishi semasa Meishi Sporo ni.
Masa Meishi sihat pun Meishi sangat kurang minum air, inikan masa sedang
sakit.. memang tak la kan untuk minum air. Dalam bilik Meishi KK sediakan 3
bekas minuman air. Diatas rak, didalam cage dan dilantai. KK sediakan dibanyak
tempat supaya Meishi senang untuk mencari sumber air. Kalau boleh KK tak nak
Meishi rasa susah untuk minum air. Kerana ada masanya yang Meishi sangat susah
untuk berjalan. Dan ada masanya KK akan memaksa Meishi untuk minum air dengan
menggunakan syringe (picagari). Itu je cara terbaik untuk memastikan yang
Meishi akan minum. Walaupun menggunakan syringe kita kena pastikan kita
memasukkan air/ubat dari tepi mulut bukannya dari depan mulut. Ini kerana dapat
mengelakkan dari kucing tersedak dan mungkin air akan pergi keparu-paru. Boleh
mendapat jangkitan paru-paru nanti. Ini sangat merbahaya untuk kesihatan kucing
kita.
6) Memberi Ikan rebus makarel sahaja
(supaya tak gatal) 2 kali sehari. Kibble pun KK bagi juga. KK belikan kibble
yang terbaik dan sesuai dengan keadaan Meishi yang tengah sakit ni. (memang mahal la
harganya kan.. hehe)
7) Tisu basah (wet tissue) pada
mulanya beli wet tissue untuk binatang tetapi susah sikit nak cari dan ianya
agak mahal sedikit berbanding dengan wet tissue manusia, jadi KK gunakanlah
manusia punya je. Banyak brand juga yang KK guna sebab ada yang tak sesuai
dengan Meishi. Cubalah sampai jumpa produk yang sesuai.
8) Tisu (kitchen tissue) size yang
besar & keras berbanding tisu kotak atau tisu tandas. Memang KK tak
menggunakan kain untuk tujuan mengelap. Lebih mudah & cepat. Terus buang.
Kebersihan terjamin (hygine)
9) Mop pakai buang (produk dari
cosway). KK gunakan mop yang pakai buang kerana pada bulan2 pertama Sporo
banyak darah yang akan melekat diatas lantai. Untuk memudahkan kerja KK gunakan
yang pakai buang je. Mudah tetapi kosnya agak tinggi sedikit la..
10) Menjaga kebersihan bilik dengan
menyapu & membuang segala tisu/wet tissue dalam plastik sampah yang KK akan
buang setiap hari.
11) Memasang pendingin hawa (aircond)
didalam bilik Meishi. Kesian sangat kerana pada masa tu cuaca sangat panas.
Tergungap2 bila tengahari. Dah la sakit lepas tu panas pulak. KK berharap
sangat yang KK dapat membantu mengurangkan kesakitan yang Meishi tanggung
selama ni.